Jadual Penggiliran Kehadiran, Nama Murid Mengikut Kumpulan dan Jadual Waktu Tingkatan 5 Mulai 24 Oktober 2021

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut merupakan makluman kepada ibu bapa, penjaga dan murid-murid Tingkatan 5 berkaitan pembukaan semula sekolah secara bersemuka Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah akan dibuka untuk pembelajaran bersemuka kepada pelajar Tingkatan 5 Tahun 2021 pada hari Ahad, 24 Oktober 2021.

Justeru, mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, ada rombakan untuk kelas tingkatan 5.

Berikut ialah jadual penggiliran kehadiran ke sekolah :

Mohon ibu bapa, penjaga dan murid memuat turun fail kumpulan nama murid mengikut kumpulan penggiliran di bawah untuk rujukan kehadiran ke sekolah :

Berikut ialah jadual waktu persekolahan bagi murid Tingkatan 5 semasa pembelajaran bersemuka :

Pihak sekolah juga memohon jasa baik ibu bapa dan penjaga agar dapat mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP semasa ke sekolah, di sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Sama-sama kita menjaga diri untuk kekal sihat dan mengekang wabak Covid-19 ini.

Pihak sekolah juga memohon jasa baik ibu bapa dan penjaga agar dapat mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP semasa ke sekolah, di sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Sama-sama kita menjaga diri untuk kekal sihat dan mengekang wabak Covid-19 ini.

Jadual waktu PdPR TIngkatan 1 hingga 4 telah dikemaskini di laman sesawang sekolah. Mohon ibu bapa, penjaga dan murid-murid maklum jadual baru yang telah dikeluarkan.

Di samping itu, atas saranan Menteri Kanan Pendidikan, jika anak-anak tuan puan yang mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak, tiada deria rasa dan selsema agar dapat dibawa ke klinik untuk diperiksa dan tidak perlu ke sekolah.

Mohon kepada ibu bapa dan penjaga maklum tentang perkara ini.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih.