Majlis Istiadat Graduasi SPM 2018 Kali Ke-13

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai berbesar hati untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar SMKBP SPM 2018 tentang Majlis Istiadat Graduasi Kali Ke-13 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Hari : Khamis

Tarikh : 14 Mac 2019

Tempat : Dewan Perdana, SMK Bandar Putra

Masa : 8.00 pagi

TATACARA ISTIADAT KONVOKESYEN :

  1. Tuan/puan dan graduan dikehendaki berkumpul satu jam lebih awal di tempat yang ditetapkan oleh petugas konvokesyen dengan pakaian rasmi dan jubah konvokesyen.
  2. Perarakan masuk graduan dijalankan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh petugas dan duduk di tempat yang telah ditetapkan.
  3. Perarakan masuk warga akademik SMK Bandar Putra, semua tetamu termasuk graduan diminta berdiri.
  4. Perarakan masuk VVIP dan Pentadbir, semua tetamu termasuk graduan di minta berdiri.
  5. Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Putra Terbilang.
  6. Ucapan VVIP.
  7. Pengumuman keputusan SPM 2018 oleh Pengetua SMK Bandar Putra.
  8. Istiadat pengurniaan sijil, graduan beratur di sebelah sisi dewan mengikut arahan petugas. Graduan tidak dibenarkan mengubah kedudukan di dalam barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
  9. Nyanyian Lagu Negaraku.
  10. Perarakan keluar VVIP, Pentadbir dan warga akademik SMK Bandar Putra, semua tetamu termasuk graduan di minta berdiri.

TATACARA PENERIMAAN SIJIL KONVOKESYEN :

  • Graduan diminta berjalan terus ke arah Tetamu Kehormat (VVIP).
  • Tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
  • Terima sijil dengan kedua belah tangan.
  • Beri ucapan “Terima kasih” kepada Tetamu Kehormat. (pandang muka beliau)
  • Undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan.
  • Bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima sijil dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak.

PAKAIAN TETAMU :

Ibubapa tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut:-

  • Pakaian Tetamu Lelaki :-
  1. Batik (sangat digalakan) atau
  2. Kebangsaan atau
  3. Lounge Suit atau
  4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan).
  • Pakaian Tetamu Perempuan :-
  1. Kebangsaan atau
  2. Pakaian formal dan sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut., ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan).

Pihak sekolah berharap graduan, ibu bapa dan penjaga dapat mengikuti protokol yang telah ditetapkan supaya majlis dapat berjalan dengan lancar. Pelajar diminta untuk menyampaikan makluman ini kepada ibu bapa dan penjaga.

Graduan, ibu bapa dan penjaga diminta datang awal sebelum majlis dijangka bermula.

Untuk makluman graduan dan ibu bapa serta penjaga, maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu Suraya Binti Othman.