Makluman & Pemberitahuan November 2021

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut merupakan makluman kepada ibu bapa, penjaga dan murid-murid berkaitan pembukaan semula sekolah secara bersemuka Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah akan dibuka untuk pembelajaran bersemuka kepada pelajar Tingkatan 3 dan 4 Tahun 2021 pada hari Isnin, 8 November 2021 secara penggiliran, manakala untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 Tahun 2021 pada hari Ahad, 14 November 2021 secara penggiliran.

Manakala bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2021, jadual penggiliran terbatal kerana mulai Isnin, 8 November 2021 semua pelajar Tingkatan 5 Tahun 2021 akan bersekolah tanpa penggiliran.

Pihak sekolah juga memohon jasa baik ibu bapa dan penjaga agar dapat mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP semasa ke sekolah, di sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Sama-sama kita menjaga diri untuk kekal sihat dan mengekang wabak Covid-19 ini.

Jadual waktu PdPC untuk pembelajaran secara bersemuka telah dikemaskini di laman sesawang sekolah. Mohon ibu bapa, penjaga dan murid-murid maklum jadual baru yang telah dikeluarkan.

Di samping itu, atas saranan Menteri Kanan Pendidikan, jika anak-anak tuan puan yang mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak, tiada deria rasa dan selsema agar dapat dibawa ke klinik untuk diperiksa dan tidak perlu ke sekolah.

Mohon kepada ibu bapa dan penjaga maklum tentang perkara ini.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih.