Makluman Pembukaan Sesi Persekolahan Penggal 3

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut merupakan makluman kepada ibu bapa, penjaga dan murid-murid berkaitan pembukaan semula sekolah secara bersemuka Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah akan dibuka untuk penggal 3 pada hari Ahad, 9 Januari 2022.

Pihak sekolah juga memohon jasa baik ibu bapa dan penjaga agar dapat mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP semasa ke sekolah, di sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Sama-sama kita menjaga diri untuk kekal sihat dan mengekang wabak Covid-19 ini.

Jadual waktu akan dikemaskini di laman sesawang sekolah. Mohon ibu bapa, penjaga dan murid-murid maklum jadual baru yang akan dikeluarkan.

Di samping itu, atas saranan Menteri Kanan Pendidikan, jika anak-anak tuan puan yang mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak, tiada deria rasa dan selsema agar dapat dibawa ke klinik untuk diperiksa dan tidak perlu ke sekolah.

Mohon kepada ibu bapa dan penjaga maklum tentang perkara ini.

Sekian untuk makluman.

Terima kasih.