Pengedaran Buku Latihan, Kerja & Nota Kepada Murid Tingkatan 1, 2, 3 & 4

Berikut disertakan surat makluman dan jadual pengambilan kepada ibu bapa dan penjaga.

Berikutan pengumuman pembukaan penuh sesi persekolahan bermula 15 Julai ini, beberapa aktiviti telah dipinda iaitu pembelajaran online akan diteruskan sehingga 14 Julai 2020 untuk Tingkatan 1 hingga 4.

Manakala untuk pengedaran bahan bercetak bermula minggu hadapan adalah DIBATALKAN. Hanya hari KHAMIS, 2 JULAI 2020 untuk pengambilan buku nota, kerja dan latihan.

Jika ibu bapa bekerja, murid-murid dibenarkan untuk mengambil buku-buku dengan mengikuti arahan sekolah iaitu murid-murid perlu memakai pakaian t-shirt yang berlogo sekolah sahaja.

Mohon ibubapa, penjaga dan murid-murid untuk mematuhi prosedur operasi standard pencegahan wabak Covid-19.

Sekian, terima kasih.