Pasukan Bola Sepak SMK Bandar Putra & DTC-JDT Kulai 2019

Kejohanan Bola Sepak MSSD Kulai Tahun 2019 telah melabuhkan tirainya. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :

MSSD Kulai Tahun 2019 Bawah 18 Tahun :

Johan – SMK Bandar Putra

Naib Johan – SMK Senai

Ketiga – DTC-JDT Kulai

Keempat – SMK Kulai Besar

MSSD Kulai Tahun 2019 Bawah 15 Tahun :

Johan – DTC-JDT Kulai

Naib Johan – SMK Senai

Ketiga – SMK Kelapa Sawit

Keempat – SMK Bandar Putra

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMK Bandar Putra B18 & B15 Tahun dan DTC-JDT Kulai B15 & B16 Tahun di atas pencapaian yang membanggakan di Kejohanan Bola Sepak Bawah MSSD Kulai Tahun 2019.

Kami mewakili seluruh warga SMK Bandar Putra berbangga dengan kejayaan pasukan bola sepak sekolah kita yang menjadi Juara di dalam kategori masing-masing dalam pertandingan peringkat daerah. Kejayaan yang dicapai ini sungguh bermakna kepada kita semua.

Kejayaan yang membanggakan ini tidak akan kita kecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan daripada semua guru dan murid di sekolah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru kita yang bertindak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak sekolah iaitu Cikgu Mohamad Fozi Bin Mohamad Lee, Cikgu Zulhelmie Bin Pajariah, Cikgu Norezhar Rahimi Bin Aziz, Cikgu Mohamad Hafiz, Cikgu Sahir, Cikgu Nashmin, Cikgu Md Nizam Bin Tramiji, Cikgu Iryani Bin Mahat dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kepada semua pemain, diucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua kerana mengharumkan nama sekolah dalam arena bola sepak. Jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang tidak pernah berputus asa memberi galakan serta bantuan kepada pelajar dan guru-guru.

Kami mewakili seluruh warga SMK Bandar Putra berharap kejayaan yang dicapai ini menjadi sumber inspirasi kepada pasukan-pasukan yang lain untuk menempa kejayaan yang sama pada masa akan datang.

– Putra Terbilang –