Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi SMK Bandar Putra, Kulai

Kami warga SMK Bandar Putra, Kulai ingin mengucapkan selamat datang ke laman sesawang rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai, Johor. Sekolah kluster kecemerlangan ini adalah selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam mengharungi era globalisasi, generasi muda khususnya di mana para pelajar berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bakal menguji kematangan, keupayaan dan kemampuan untuk berfikir serta membuat keputusan yang tepat.

Justeru pelajar diasuh, dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu, kemahiran serta pengetahuan sebagai pelengkap diri untuk mereka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dunia global. Maka, informasi yang dibekalkan menerusi laman web ini dapat menyalurkan maklumat semasa yang tepat kepada semua warga sekolah dan masyarakat prihatin dalam menyokong perkembangan kognitif, sahsiah, dan psikomotor pelajar SMK Bandar Putra ini.

– Putra Terbilang –