Objektif Kualiti

  • Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
  • Memastikan pencapaian murid setiap sekolah menengah negeri Johor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, PT3 dan SPM.
  • Memastikan 100% murid sekolah menengah negeri Johor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
  • 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
  • Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.