Panduan Pakaian SMK Bandar Putra Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tentang pakaian seragam sekolah sesi 2024/2025 dimana murid akan dikenakan panduan pemakaian sekolah yang berbeza-beza dalam 5 hari waktu pembelajaran di sekolah. Arahan ini adalah menyeluruh kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mengambil maklum mengenai rintihan dan permasalahan berkenaan uniform sekolah, Menteri Kanan Pendidikan, YB Fadhlina Sidek membuat penetapan baharu bahawa kini dibenarkan untuk mengenakan pakaian sukan sekolah, seragam dan kokurikulum mengikut hari.

Mengambil maklum bahawa sekolah perlu suatu pembaharuan, pihak KPM telah mengeluarkan satu panduan untuk pemakaian seragam sekolah untuk sesi 2024/2025. Ini adalah berikutan permasalahan dan kemudahan untuk semua pihak ibu bapa dan sekolah.

Langkah ini disambut baik dan ia dijangka akan memberi pelbagai kelebihan dari segi pelbagai aspek pembelajaran dan pengurusan persekolahan sepanjang tahun.

Berikut adalah merupakan cadangan dan arahan daripada KPM mengenai pemakaian seragam sekolah sesi 2024/2025 :

  • 2 hari pakaian seragam
  • 1 hari pakaian kokurikulum
  • 2 hari pakaian sukan

Mohon kepada para ibu bapa dan penjaga mengambil maklum perkara ini.