Aplikasi perisian EduPage membantu guru-guru untuk melihat jadual waktu peribadi dan jadual waktu kelas tanpa perlu mengakses laman sesawang rasmi sekolah.
Aplikasi ini dapat dibuka terus di telefon pintar guru-guru dengan capaian internet.
Berikut diberikan langkah-langkah untuk memasang aplikasi EduPage di telefon pintar guru-guru.
- Bagi pengguna telefon pintar yang menggunakan perisian Android, sila ke Google Play dan cari Edupage. Bagi pengguna telefon pintar yang menggunakan perisian iOS, sila ke App Store dan cari Edupage.
- Setelah selesai mencari dan jumpa logo seperti di bawah, sila muat turun.
- Selesai memuat turun, sila pilih Login.
- Kemudian, sila klik butang hijau yang tertulis “I do not know the login name or password”.
- Pilih atau klik butang “Connect as guest”.
- Kemudian isikan “smkbandarputra” di dalam kotak putih dan selepas itu klik butang “Continue”.
- Pilih status “Teacher”.
- Masukkan alamat emel di dalam kotak putih dan selepas itu tekan “Create account”.
- Sila pilih nama guru, jika nama anda tiada, pilih sahaja nama sesiapa. Tidak mengapa.
- Setelah selesai, guru-guru boleh melihat jadual di “Timetable”.
- Guru-guru boleh memilih sesi pagi atau sesi petang dan memilih nama kelas atau nama guru.
Semoga informasi dan aplikasi EduPage ini bermanfaat untuk guru-guru, ibu bapa dan pelajar.