Rukun Sekolah

Bahawasanya SMK Bandar Putra (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Kulai bercita-cita menjadi sekolah cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Maka kami, warga sekolah berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami berdasarkan atas perinsip-prinsip berikut :

Sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelajar,

Memastikan wawasan sekolah untuk melahirkan pelajar yang bijak dan pintar tercapai,

Kuasai pelbagai ilmu agar misi sekolah untuk menjadi medan pelajar mendapatkan pendidikan yang menyeluruh boleh tercapai,

Beriltizam agar pasukan tenaga pengajar menjadi mantap, pelajar menjadi bijak dan pintar, seterusnya sekolah menjadi gemilang,

Patuh kepada tuntutan agama dan Perlembagaan Negara.