Logo Sekolah

230736_106190912891536_488485561_n
Penerangan Logo Sekolah
  1. Perisai melambangkan jati diri pelajar yang boleh menangkis gejala buruk.
  2. Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai pancaagama (rukun Islam) dan pancanegara (rukun negara).
  3. Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.
  4. Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.
  5. Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqrak bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.
  6. Buku terbuka mengambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu  dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.
  7. Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.
  8. Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.
  9. Warna biru menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih mengambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukkan sikap. Warna kuning mengambar pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai  kecemerlangan sekolah.