
SAPS Ibu Bapa (NKRA) adalah satu Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah secara online terkini yang terhasil daripada idea dan inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia yang memudahkan semua ibu bapa dan penjaga yang ingin mengetahui keputusan dan markah peperiksaan murid atau pelajar secara atas talian tanpa perlu merujuk kepada guru sekolah.
SAPS Semakan Ibu Bapa adalah satu portal sistem pangkalan data yang telah pun dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk para ibu bapa bagi membolehkan semua penjaga memantau prestasi akademik anak mereka dan cek keputusan peperiksaan serta perkembangan murid terkini dengan lebih mudah, kemas, teratur dan cepat.
Cara semak atau nak buat semakan SAPS Ibubapa untuk semakan keputusan peperiksaan murid terkini, ibu bapa hanya perlu melayari laman web dan login SAPS Ibu Bapa secara online untuk semak slip peperiksaan pelajar, maklumat dan prestasi anak dengan lebih terperinci walaupun berada di rumah atau di mana-mana sahaja dengan menggunakan talian internet.
Ibubapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di laman sesawang SAPS di pautan di bawah.
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Keputusan peperiksaan anak-anak tuan puan akan dikemaskini semasa ke semasa. Kami berharap ibubapa maklum dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.