Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Pada tahun ini, tarikh bagi Maulidur Rasul 1442H  jatuh pada 29 Oktober 2020 (Khamis). Tema untuk sambutan Maulidur Rasul ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”.

Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2020M/1442H akan diadakan dalam suasana yang berlainan berbanding sebelum ini. 

Ini disebabkan negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan beberapa negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia merupakan satu syiar yang di raikan secara rasmi sebagaimana juga sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang di sambut pada 20 Ogos yang lepas.

Maulidur Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun adalah bagi meraikan  keputeraan baginda Rasulullah s.a.w yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. 

Di Malaysia, sambutan ini juga dikenali sebagai Maulid Nabi yang merupakan cuti umum di setiap negeri dalam Malaysia. 

Pada tahun ini 12 Rabiulawal 1442H adalah jatuh pada hari Rabu 29 Oktober 2020.

Dalam satu kenyataan Menteri Hal Ehwal Agama di laman Facebooknya,  terdapat kelainan dan keistimewaan untuk sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berbanding tahun-tahun lepas. 

Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan;

Kerajaan menjanjikan kelainan dan keistimewaan pada Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini khusus bagi memuliakan insan teragung, Rasulullah SAW.” 

Untuk sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2020, ada kelainan berbanding sambutan pada tahun-tahun sebelum ini. Namun sambutan secara rasmi di peringkat kebangsaan, pihak JAKIM tidak mengadakannya secara rasmi.

Pun begitu, ada pengisian dan acara lain yang dicadangkan sebagai alternatif kepada sambutan ini.

JAKIM juga akan menggerakkan kempen “Malaysia Berselawat” iaitu peserta atau rakyat Malaysia hendaklah merakam selawat dalam bentuk video dan share di media sosial masing-masing dengan hashtag #SemarakCintaRasul serta tag laman sosial JAKIM. Video yang terpilih akan menerima hadiah istimewa dari JAKIM.

Ia sebagai galakkan umat Islam di negara kita untuk menyemarakkan 12 Rabiulawal dengan gema selawat bagi menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Selain itu, JAKIM juga akan menganjurkan “Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW 1442H/2020M” bersempena sambutan Maulidur Rasul yang di adakan secara atas talian.

Pertandingan ini dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat sama yang beragama Islam atau bukan Islam yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

Hadiah wang tunai sebanyak RM13,500 untuk dimenangi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah merujuk ke laman portal JAKIM www.islam.gov.my atau lawati mana-mana laman sosial JAKIM seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Dalam pada itu, JAKIM juga akan mengadakan rancangan khas Semarak Cinta Rasul pada 28 Oktober 2020 jam 9.00 malam secara langsung di RTM 1. Antara pengisiannya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri akan menyampaikan pesanan bersempena Maulidur Rasul pada tahun ini, persembahan nasyid, tayangan video khas dan sebagainya.

Ia tidak melibatkan penyertaan masyarakat, namun disiarkan secara langsung melalui RTM 1.

Setiap tahun satu tema rasmi akan dipilih untuk sambutan Maulidur Rasul di Malaysia. 

Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni.”. Ia bersamaan dengan tema untuk sambutan Maal Hijrah 1442H

Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Ia akan membentuk negara harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan.

Apa yang pasti, tema ini membawa pengertian yang begitu mendalam buat umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya.  

Senarai Tema Maulidur Rasul Pada Tahun-tahun Yang Lepas

2019Negara Rahmah Ummah Sejahtera
2018Menyantuni Umat Membawa Rahmat
2017Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
2016Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

Walaupun pada tahun ini tiada sambutan rasmi Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, ini tidak bermakna kita tidak boleh meraikan tarikh kelahiran besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita masih boleh zahirkan perasaan kegembiraan dan kesyukuran kita dengan memperbanyakkan selawat.

Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad


Menjelang sambutan Maulidur Rasul, pasti ada dikalangan kita yang ingin sampaikan pantun atau ucapan Salam Maulidur Rasul buat keluarga, teman-teman dan sebagainya. Pilihlah pantun dan ucapan yang sesuai ini.

sumber daripada : https://theinspirasi.my/tarikh-dan-tema-maulidur-rasul/