
Rasional Atau Keterangan Logo
Malaysia Madani : Satu panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.
Jalur : Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
Bulatan : Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan
Bintang : Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
Warna biru : Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
Warna merah : keberanian, jatidiri dan keazaman
Warna kuning : Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
Warna putih : keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
Tema Hari Kebangsaan 2023 : Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan menurut Menteri Komunikasi & Digital, pemilihan tema tersebut dibangunkan menerusi kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri dariapda 16 orang pakar dalam pelbagai bidang. Tema ini didukung konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan Ia berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
Sumber Asal : https://www.mysumber.com/hari-kebangsaan.html | Mysumber.com
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2020 ini, Malaysia akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-63.
Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak. Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.
Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos. Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.
Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
Tahun | Tema |
---|---|
1970 | Muhibah dan Perpaduan |
1971 | Masyarakat Progresif |
1972 | Masyarakat Adil |
1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia |
1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan |
1975 | Masyarakat Berdikari |
1976 | Ketahanan Rakyat |
1977 | 20 Tahun Bersatu Maju |
1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan |
1979 | Bersatu Berdisiplin |
1980 | Berdisiplin Berbakti |
1981 | Berdisiplin Berharmoni |
1982 | Berdisiplin Giat Maju |
1983 | Bersama ke Arah Kemajuan |
1984 | Amanah Asas Kejayaan |
1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan |
1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh |
1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju |
1988-1989 | Bersatu |
1990 | Berjaya |
1991 | Wawasan 2020 |
1992 | Wawasan Asas Kejayaan |
1993 | Bersatu Menuju Wawasan |
1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan |
1996 | Budaya Penentu Kecapaian |
1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya |
1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita |
1999 | Bersatu Ke Alaf Baru |
2000-2006 | Keranamu Malaysia |
2007 | Malaysiaku Gemilang |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan |
2009 | 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2010 | 1Malaysia Menjana Tranformasi |
2011 | 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. |
2012 | 1Malaysia. Janji Ditepati |
2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku |
2014 | Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta |
2015-2016 | Sehati Sejiwa |
2017-201820192020 – 2021 | Negaraku Sehati SejiwaSayangi MalaysiakuSayangi Malaysiaku (Malaysia Bersih)Malaysia Prihatin |