Skip to content
Penerangan Logo Sekolah
- Perisai melambangkan jati diri pelajar yang boleh menangkis gejala buruk.
- Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai pancaagama (rukun Islam) dan pancanegara (rukun negara).
- Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.
- Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.
- Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqrak bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.
- Buku terbuka mengambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.
- Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.
- Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.
- Warna biru menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih mengambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukkan sikap. Warna kuning mengambar pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.