Selamat Menyambut Awal Muharram (Maal Hijrah) 1439

Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2017

Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi tahun 2017.

Cuti : Awal Muharram (Maal Hijrah) 1439H

Tarikh : 22 September 2017

Hari : Jumaat

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Oleh itu hari Ahad, 23 September 2017 adalah cuti sekolah. Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 24 September 2017.

Sekian, untuk makluman ibu bapa dan penjaga murid.