Kami Guru dan Kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra dengan tekad dan keazaman berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan kemaskini mulai hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
- Sentiasa berusaha memenuhi keperluan murid iaitu keseronokan, kasih sayang, kuasa, kebebasan dan survival.
- Memastikan guru-guru masuk selewat-lewatnya 5 minit semasa pertukaran waktu.
- Berusaha ke arah “Tanpa Kecacatan” dalam aspek akademik, disiplin, keselamatan dan keceriaan.
- Memberi tunjuk cara, tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua murid untuk mencapai kecemerlangan dalam soal disiplin dan moral seterusnya menjadi insan yang berguna.
- Sentiasa bekerjasama serta memberi layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan ahli masyarakat setempat dan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
- Menjadikan sekolah sebagai pusat perkembangan ilmu menerusi pendidikan sepanjang hayat.
- Sentiasa bersedia membimbing murid-murid supaya bersatu padu dan mengamalkan budaya ilmu, sifat penyayang, celik sains dan teknologi, kreatif dan inovatif.
- Dapat menyelesaikan urusan pelanggan dalam masa 30 minit.