Welcome Back To School

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan 2021 secara bersemuka akan bermula. Kelengkapan persekolahan anak-anak, bagaimana? Kami berharap semuanya sudah siap sedia. Kami guru-guru percaya, anak-anak yang akan mula memasuki Tingkatan 1, 3 dan 5 memang dah tak sabar. Beg sekolah, seragam sekolah, pastinya ada di sebelah tempat tidur. :D

Tanah tinggi bertanam tebu,
Tanah paya sedia bersawah;
Musim cuti hampir berlalu,
Kini dah tiba musim sekolah.

Beras Mahsuri dimakan ayam,
Beras Malinja dibuat tapai;
Tetapkan hati kuatkan azam,
Kejayaan dicita pasti tercapai.

kembali-ke-sekolah

Takwim Persekolahan 2021 dan Cuti Perayaan 2021 boleh dilihat di laman web sekolah ini untuk panduan semua, lebih-lebih lagi untuk guru-guru dan pelajar. :D

Parang baru kapak pun baru,
Mengapa payah menebas belukar?
Seragam baru semangat pun baru,
Mengapa langkah terketar-ketar?

Rimba raya hendak diredah,
Mengapa manggis pula ditebas?
Segak bergaya langkah ke sekolah,
Mengapa menangis di dalam kelas?

Selamat kembali menghantar anak ke sekolah kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang dah lama meninggalkan alam persekolahan. Mesti rasa lain macam, kan? Dulu-dulu kita ke sekolah, masuk kelas dan belajar. Sekarang pula, ke sekolah kerana menghantar anak kesayangan belajar.

Jangan pula ada ibu dan bapa yang hendak masuk ke kawasan sekolah untuk temankan anak. Ini kerana SOP kerajaan tidak membenarkan ibu bapa berbuat demikian. Ibu bapa dan penjaga tidak perlulah berkumpul di pintu masuk dan keluar sekolah agar kita dapat menghindarkan diri dari wabak Covid-19 ini. Semoga kita semua dapat menjaga SOP semasa menghantar anak ke sekolah, semasa anak di sekolah dan semasa mengambil anak pulang dari skeolah.

Jangan lupa ya. 4 APRIL 2021 kita berjumpa di sekolah murid-murid.