Selamat Datang ke SMKBP

Kami warga SMKBP ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai, Johor. Sekolah kluster kecemerlangan ini adalah selari dengan perkembangan teknologi terkini dalam mengharungi era globalisasi, generasi muda khususnya di mana para pelajar berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bakal menguji kematangan, keupayaan dan kemampuan untuk berfikir serta membuat keputusan yang tepat. Juateru pelajar diasuh, dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu, kemahiran serta pengetahuan sebagai pelengkap diri untuk mereka menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dunia global. Maka, informasi yang dibekalkan menerusi laman web ini dapat menyalurkan maklumat semasa yang tepat kepada semua warga sekolah dan masyarakat prihatin dalam menyokong perkembangan kognitif, sahsiah, dan psikomotor pelajar SMKBP ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *